Sunday, 28 July 2013

KEBUDAYAAN DI SARAWAK

  Kebudayaan.
1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2. Ciri-ciri perayaan Kaul :
i. Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii.            Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit.
iii.           Serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv.           Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.
3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). :
i.              Jenis Hari Gawai – Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu
ii.             Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4.            Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. :
i.              hanya kaum lelaki yang menari.
ii.             Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.
iii.            meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.


PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK

Keindahan pakaian etnik Sarawak terserlah dengan ragam hiasan yang mempamerkan hasil tangan masing-masing.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan BedongBidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus








PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU



BAJU BALDU

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul

BAJU BABAN
baju baban

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul


PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU 



Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

4 MAKANAN TRADISI SARAWAK

7.Obor-obor

Obor-Obor yang sering dijadikan pembuka selera turut merupakan makanan tradisi kaum Melanau. Obor-obor di perairan Sarawak tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih, itu yang dijadikan sebagai makanan.

Ramuannya lebih kurang sama dengan umai cuma ditambah dengan kacang tanah yang ditumbuk kasar. Kalau nak pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin. Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Cubalah obor-obor ni, sedap tak terkata nikmat bagi yang pernah merasa.

8.Midin

Salah satu makanan begitu popular di Sarawak. Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Midin sedap dimasak dengan belacan.

9.Empasak(Pucuk ubi tumbuk)


Sayuran yang turut menjadi kegemaran rakyat Sarawak terutamanya kaum Iban. Pucuk ubi ditumbuk sampai lumat dan digoreng dengan ikan bilis dan belacan beserta lain-lain bahan sampingan. Berselera dimakan panas-panas bersama nasi dan lauk pauk lain.

10.Celorot

Sejenis kuih tradisi Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah, adunan kuih dengan teksturnya sedikit kenyal dan manis kemudian dibalut dengan pucuk daun nipah sebelum dikukus sehingga masak. Ianya manis, lembut dan sedap! Kuih kegemaran masa kecil, semasa Ramadhan memang selalu minta ayah belikan untuk juadah berbuka.

3 MAKANAN TRADISI SARAWAK

4.Manok Pansuh

Ayam (paling sedap ayam kampung) yang dimasak di dalam buluh ini amat popular di kalangan kaum Iban dan Bidayuh. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa yang tersendiri kepada makanan tersebut. Selain ramuan-ramuan seperti bawang putih, bawang merah, cili, daun ubi dan bahan sampingan lain menambahkan lagi keenakan manok pansuh.

5.Linut

Sejenis makanan asli bagi kaum Melanau. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon sagu. Cara pembuatan linut mudah namun memerlukan teknik yang betul agar adunan linut tidak keras.
Bahan-bahan untuk membuat linut ialah sagu mentah dan air panas. Cara-cara membuatnya adalah dengan menjiruskan air panas secara perlahan-lahan ke dalam besen yang diisi sagu mentah. Jirusan air dan gaulan yang pantas perlu dilakukan dengan serentak agar adunan tersebut labih sempurna.
Linut biasanya dimakan bersama sambal yang diperbuat daripada belacan. Sayur-sayuran seperti terung iban, midin (daun pakis) dan sayur labu adalah makanan sampingan yang biasanya dihidang bagi melengkapi hidangan linut.

6.Tumpik Lemantak


Juga merupakan makanan tradisional kaum Melanau yang diperbuat daripada sagu (lemantak) yang dicampur dengan kelapa parut dan dicicah dengan gula apong. Makan panas-panas tengah hujan sedap ni.

3 MAKANAN TRADISI SARAWAK

Sarawak lebih dikenali sebagai Bumi Kenyalang terletak di Kepulauan Borneo yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Uniknya Sarawak dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Melayu, Melanau, Iban, Kayan, Bidayuh, Kenyah dan lain-lain yang merangkumi sebanyak kira-kira 30 kumpulan etnik.
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai variasi bangsa dan suku kaum, tentu terdapat pelbagai kebudayaan yang mewarnai kemajmukan negeri Sarawak. Misalnya adat resam, permainan tradisi, pakaian tradisi, kraftangan, makanan tradisional dan sebagainya. Walaupun setiap kumpulan etnik mempunyai kebudayaannya tersendiri namun ianya menjadi satu dan telah sebati kepada semua rakyat Sarawak. Misalnya makanan tradisonal kaum Melanau, yang paling popular iaitu Umai amat digemari oleh semua kaum di Sarawak.

Pada kali ini, kita akan berkongsi mengenai 10 Makanan Tradisi Popular Sarawak yang sememangnya tak asing lagi kepada rakyat Bumi Kenyalang. Di situ sudah menunjukkan kepelbagaian makanan yang melambangkan Sarawak.

1.Umai

Antara makanan tradisi kaum Melanau yang berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan pirang, ikan bawal hitam, ikan yu atau ikan terubuk. Namun lebih nikmat dan sedap sekiranya menyediakan umai dengan ikan pirang.
Umai bukanlah dimakan secara mentah, ikan yang telah disiang dan dibersihkan digaul bersama ramuan-ramuan seperti bawang merah, bawang besar, cili, limau, halia dan bahan-bahan sampingan yang lain. Campuran ramuan-ramuan inilah terutamanya limau dan halia yang ‘memasakkan’ umai.

2.Ikan pais


Biasanya ikan yang paling popular digunakan untuk memais ialah ikan buris (hanya boleh didapati di Sungai Rejang). Selalunya ikan yang kurang segar sedap dibuat pais lebih-lebih lagi kalau jenis ikan kecil. Ikan kecil-kecil sedap dibuat pais seperti ikan jamah, ikan kembung kecil atau ikan bulu. Ada yang membakar dengan balutan daun kunyit, daun pisang atau daun nipah.


3.Lumek

Ikan lumek adalah sejenis ikan yang isinya lembut dan mempunyai tulang yang sedikit. Rupanya licin seperti belut, tapi isinya tak kental seperti belut, isinya lembut seperti jeli. Kalau masuk dalam mulut terus hilang. Ianya sedap dimasak sup, pais atau salai.

KEISTIMEWAAN GUA NIAH

Gua Niah sangat mengagumkan dari segi pemandangan dan sejarahnya.Penyelidik Dr.Christopher M. Stimpson kagum setelah menyelidik tentang habitat burung-burung yang terdapat di Gua tersebut.

“Saya telah membuat penemuan yang begitu menakjubkan di mana saya telah menjumpai rangka burung Green Magpie dan Bulmer Pheasant yang habitatnya adalah di kawasan pergunungan namun telah dijumpai di Gua Niah yang didapati agak pelik.
“Selain itu kajian yang saya jalankan membuktikan bahawa burung kenyalang hitam pernah menjadi makanan kepada penduduk di sekitar Gua Niah,” ujar Dr Christopher

Burung yang terdapat di Gua Niah



KEISTIMEWAAN GUA NIAH

Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding yang menceritakan perjalanan bot orang mati menuju kehidupan selepas kematian, termasuk sisa-sisa bangkai “death ships” yang bertaburan di atas lantai gua – keranda berbentuk bot (yang mana isinya telah dipindahkan ke Muzium Sarawak). Kawasan sekeliling gua ini pula dihiasi hutan tebal dan merupakan rumah kepada pelbagai sepsis tumbuhan dan hidupan liar.

Sehingga kini, gua-gua ini masih kekal sebagai sebuah tempat penting bagi orang-orang dari komuniti tempatan, seperti sarang-sarang burung dan pengumpulan guano menjadi punca ekonomi penting bagi mereka. Gua Niah merupakan sebuah tempat yang selesa dan sesuai jika anda ingin tinggal di sini beberapa hari, walaupun sesetengah tempat tarikan pelancong hanya dibuka pada waktu siang untuk pelawat.

Taman Negara Niah terletak di Sungai Niah, kira-kira 3km dari pekan kecil Batu Niah, 110km di barat daya Miri. Taman ini mempunyai pusat pelancong dan tempat penginapan yang bagus, serta mudah untuk pelawat berjalan-jalan disekitarnya dengan kehadiran rangkaian plankwalk di seluruh taman. Sepasang kasut berjalan yang sesuai dan sebuah lampu picit merupakan barang penting yang harus dibawa – kawasan dalam gua tidak bercahaya dan plankwalk di sini agak licin kerana terdapat titisan air dan tahi kelawar dari bumbung gua. Topi juga perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengunjung yang meninggalkan gua pada waktu matahari terbenam akan dapat melihat dua kumpulan awan hitam – satu merupakan kawanan burug layang-layang yang pulang ke sarang dan satu lagi sekumpulan kelawar yang keluar mencari makan pada waktu malam. Fungi-fungi bercahaya juga boleh dilihat mewarnai plankwalk pada waktu malam.