Obor-Obor yang sering
dijadikan pembuka selera turut merupakan makanan tradisi kaum Melanau.
Obor-obor di perairan Sarawak tidak berbisa seperti obor-obor jenis putih, itu
yang dijadikan sebagai makanan.
Ramuannya lebih kurang sama
dengan umai cuma ditambah dengan kacang tanah yang ditumbuk kasar. Kalau nak
pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin.
Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Cubalah obor-obor ni, sedap tak
terkata nikmat bagi yang pernah merasa.
8.Midin
Salah satu makanan begitu popular di Sarawak. Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Midin sedap dimasak dengan belacan.
9.Empasak(Pucuk ubi tumbuk)
8.Midin
Salah satu makanan begitu popular di Sarawak. Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Midin sedap dimasak dengan belacan.
9.Empasak(Pucuk ubi tumbuk)
Sayuran yang turut menjadi
kegemaran rakyat Sarawak terutamanya kaum Iban. Pucuk ubi ditumbuk sampai lumat
dan digoreng dengan ikan bilis dan belacan beserta lain-lain bahan sampingan.
Berselera dimakan panas-panas bersama nasi dan lauk pauk lain.
10.Celorot
Sejenis kuih tradisi Sarawak yang diperbuat
daripada tepung beras dan gula merah, adunan kuih dengan teksturnya sedikit
kenyal dan manis kemudian dibalut dengan pucuk daun nipah sebelum dikukus sehingga
masak. Ianya manis, lembut dan sedap! Kuih kegemaran masa kecil, semasa
Ramadhan memang selalu minta ayah belikan untuk juadah berbuka.
No comments:
Post a Comment