Sunday 28 July 2013

3 MAKANAN TRADISI SARAWAK

Sarawak lebih dikenali sebagai Bumi Kenyalang terletak di Kepulauan Borneo yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Uniknya Sarawak dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Melayu, Melanau, Iban, Kayan, Bidayuh, Kenyah dan lain-lain yang merangkumi sebanyak kira-kira 30 kumpulan etnik.
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai variasi bangsa dan suku kaum, tentu terdapat pelbagai kebudayaan yang mewarnai kemajmukan negeri Sarawak. Misalnya adat resam, permainan tradisi, pakaian tradisi, kraftangan, makanan tradisional dan sebagainya. Walaupun setiap kumpulan etnik mempunyai kebudayaannya tersendiri namun ianya menjadi satu dan telah sebati kepada semua rakyat Sarawak. Misalnya makanan tradisonal kaum Melanau, yang paling popular iaitu Umai amat digemari oleh semua kaum di Sarawak.

Pada kali ini, kita akan berkongsi mengenai 10 Makanan Tradisi Popular Sarawak yang sememangnya tak asing lagi kepada rakyat Bumi Kenyalang. Di situ sudah menunjukkan kepelbagaian makanan yang melambangkan Sarawak.

1.Umai

Antara makanan tradisi kaum Melanau yang berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan pirang, ikan bawal hitam, ikan yu atau ikan terubuk. Namun lebih nikmat dan sedap sekiranya menyediakan umai dengan ikan pirang.
Umai bukanlah dimakan secara mentah, ikan yang telah disiang dan dibersihkan digaul bersama ramuan-ramuan seperti bawang merah, bawang besar, cili, limau, halia dan bahan-bahan sampingan yang lain. Campuran ramuan-ramuan inilah terutamanya limau dan halia yang ‘memasakkan’ umai.

2.Ikan pais


Biasanya ikan yang paling popular digunakan untuk memais ialah ikan buris (hanya boleh didapati di Sungai Rejang). Selalunya ikan yang kurang segar sedap dibuat pais lebih-lebih lagi kalau jenis ikan kecil. Ikan kecil-kecil sedap dibuat pais seperti ikan jamah, ikan kembung kecil atau ikan bulu. Ada yang membakar dengan balutan daun kunyit, daun pisang atau daun nipah.


3.Lumek

Ikan lumek adalah sejenis ikan yang isinya lembut dan mempunyai tulang yang sedikit. Rupanya licin seperti belut, tapi isinya tak kental seperti belut, isinya lembut seperti jeli. Kalau masuk dalam mulut terus hilang. Ianya sedap dimasak sup, pais atau salai.

No comments:

Post a Comment