Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di
Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak
kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri,Sarawak gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal
manusia di daerah ini.
Gua
Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai
tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai temburu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis
membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga
kali padang bola sepak.
Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar
dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus,
Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Gua Niah juga merupakan
taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik
minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun
dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.
Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah
sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Taman negara Gua Niah seluas
3,138 hektar kawasan bukit Batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah
Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman
negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
Temburu Karang
Batu Kapur
Fosil Gua Niah
No comments:
Post a Comment