Taman Negara Niah
menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan
sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah
satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan
Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan yang
terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding yang menceritakan perjalanan
bot orang mati menuju kehidupan selepas kematian, termasuk sisa-sisa bangkai
“death ships” yang bertaburan di atas lantai gua – keranda berbentuk bot (yang
mana isinya telah dipindahkan ke Muzium Sarawak). Kawasan sekeliling gua ini
pula dihiasi hutan tebal dan merupakan rumah kepada pelbagai sepsis tumbuhan
dan hidupan liar.
Sehingga kini, gua-gua ini masih kekal sebagai sebuah tempat penting bagi orang-orang dari komuniti tempatan, seperti sarang-sarang burung dan pengumpulan guano menjadi punca ekonomi penting bagi mereka. Gua Niah merupakan sebuah tempat yang selesa dan sesuai jika anda ingin tinggal di sini beberapa hari, walaupun sesetengah tempat tarikan pelancong hanya dibuka pada waktu siang untuk pelawat.
Taman Negara Niah terletak di Sungai Niah, kira-kira 3km dari pekan kecil Batu Niah, 110km di barat daya Miri. Taman ini mempunyai pusat pelancong dan tempat penginapan yang bagus, serta mudah untuk pelawat berjalan-jalan disekitarnya dengan kehadiran rangkaian plankwalk di seluruh taman. Sepasang kasut berjalan yang sesuai dan sebuah lampu picit merupakan barang penting yang harus dibawa – kawasan dalam gua tidak bercahaya dan plankwalk di sini agak licin kerana terdapat titisan air dan tahi kelawar dari bumbung gua. Topi juga perlu sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengunjung yang meninggalkan gua pada waktu matahari terbenam akan dapat melihat dua kumpulan awan hitam – satu merupakan kawanan burug layang-layang yang pulang ke sarang dan satu lagi sekumpulan kelawar yang keluar mencari makan pada waktu malam. Fungi-fungi bercahaya juga boleh dilihat mewarnai plankwalk pada waktu malam.

No comments:
Post a Comment