Kebudayaan.
1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2. Ciri-ciri perayaan Kaul :
i. Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii. Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit.
iii. Serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv. Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.
3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). :
i. Jenis Hari Gawai – Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu
ii. Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4. Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. :
i. hanya kaum lelaki yang menari.
ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.
iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.